Wednesday 29 May 2013

DIABETES, ANDA DAN SHAKLEE

DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar....

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua jenis diabetes

Terdapat dua jenis diabetes utama:

* Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
* Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif -gaya hidup sedentari
* Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.

Komplikasi diabetes

Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

Keadaan kecemasan:

* Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
* Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
* Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)

* Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
o Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
o Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
o Otak - Angin ahmar (hubung dengan strok)
o Buah pinggang - kegagalan buah pinggang
o Jantung - Sakit jantung

Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?

Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:

* Mengawal pengambilan makanan
o Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
* Melakukan senaman fizikal
o Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
* Ubatan
o Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
o Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.

*kredit: klik di sini

Antara supplement Shaklee yang sesuai untuk diamalkan penghidap diabetes ialah:

multivitamin dan mineral keperluan tubuh




menurunkan paras glukos dalam darah


menukarkan gula kepada tenaga


memperbaiki sel, sumber antioksidan terbaik

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK KONSULTASI DI SINI

ADAKAH ANDA MENGHIDAP GOUT?? JIKA YA... SILA BACA DI SINI..




GOUT atau dirujuk sebagai “ancient disease” dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.
GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.
Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan korang. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.


Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Korang harus ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin korang, sebaik ubat-ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.
Antara makanan yang harus dielakkan:
  1. Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis
  2. Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam
  3. Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
  4. Daging merah
  5. Cendawan
  6. Yis (roti putih, roti manis)
Golongan berisiko
1. Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.
2. Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout
3. Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat
4. Wanita putus haid
5. Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami stress
6. Mereka yang bermasalah dengan buah pinggang, darah tinggi, sakit jantung dan tahap kolesterol tinggi.

SUPPLEMENT SHAKLEE DAN GOUT


Gout adalah sejenis penyakit di mana terdapat asid urik yg berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yg berasal dari sejenis protein yg dipanggil purin. Secara semulajadi asid urik akan larut dalam darah. Bahan kumuhan ini sepatutnya keluar dari badan kita melalui air kencing. Apa yang terjadi kepada pesakit gout ialah asid urik ini tidak keluar melalui air kencing, tetapi berkumpul secara berlebihan di dalam sendi dimana ia membentuk jarum kristal dan menyebabkan rasa sakit pada sendi.



Lazimnya gout menyerang ibu kaki dimana ia menjadi merah, panas, bengkak dan rasa sakit. Gout juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Pengumpulan asid urik ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan benjolan kecil yang dipanggil ‘tophi’.



Rawatan awal utk pesakit gout adalah ubatan yg bersifat anti-imflammatory seperti colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids, di mana ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan sendi.



Rawatan utama pesakit gout adalah sejenis dadah allopurinol (xanthine oxidase inhibitor) di mana ia bertindak mengurangkan pengahasilan asid urik dan meningkatkan pengeluaran asid urik melalui air kencing



Untuk jangkamasa panjang pula, pesakit gout juga dinasihatkan utk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin seperti organ dalaman (hati, paru2, otak), makanan bercengkerang (kerang, udang, ketam), ikan bilis, ikan kembung dan sardin. Pengambilan cecair yg banyak seperti air kosong juga amatlah digalakkan dimana ianya dapat mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik dari badan



Shaklee juga mempunyai alternatif di samping ubat-ubatan yang disarankan oleh pakar perubatan. Pesakit gout disarankan mengambil suplemen-suplemen berikut:




ALFALFA – menyingkirkan toksid yang berlebihan di dalam tubuh badan secara lembut dan semulajadi. Pengambilan alfalfa perlu disertai dengan pengambilan air yang bnyk bagi melancarkan fungsi detoksifikasi



  PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan ke tahap yang optimum, disamping pengambilan cecair seperti air kosong. Pesakit gout perlu mengelakkan kekurangan air dlm badan di mana ia lebih menyukarkan proses penyingkiran asid urik dari tubuh badan.



OMEGA GUARD – mempunyai fungsi anti-imflammatory, dimana ia mengurangkan keradangan sendi yang dihadapi pesakit gout





HUBUNGI KAMI DI SINI

PENGENALAN MENGENAI PRODUK SHAKLEE


Dalam tahun 1956, DR. Forrest C Shaklee mempelopori gerakan untuk menjadikan dunia ini lebih baik - dunia sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi.  Beliau sedar yang kesihatan optimum hanya boleh diperolehi melalui sumber alam semulajadi, sama ada utuk manusia juga yng lainnya.  Selama lebih 50 tahun, kami bertungkus lumus untuk menghasilkan produk semulajadi yang selamat dan berkesan.  Produk yang juga turut dapat memelihara alam semesta.  Tidak hairanlah kami berjaya menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika dan juga ramai para atlet yang memegang taraf elit dan medal emas; para pencinta dan pengkaji alam percaya dan menggunakan produk kami.

Jaminan kami: Produk-produk Saklee sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan sentiasa mesra alam.

Di Shaklee kami percaya alam semulajadi merupakan jawapan bagi kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.  Kami berusaha keras untuk memberikan anda kehidupan yang lebih baik, produk kesihatan yang menyeluruh dan kami juga ingin anda tahu yang kami amat teliti dalam menjami kualiti dan keberkesanan setiap produk.



SENTIASA SELAMAT
Keselamatan adalah amat penting di Saklee dan standard kami tiada bandingannya.  Kami menjalankan sebanyak lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk bahan pencemaran berbahaya, dan kami menjalankan lebih daripada 80,000 ujian kualiti setahu bagi memastikan ketulenan sebenar dan kebolehan potensi.



SENTIASA BERKESAN
Kami bertanggungjawab dalam memberikan produk yang berkesan.  Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.  Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.
Bukan itu sahaja, malah bukti terbesar yang lebih lagi datangnya daripada pejelajah bertaraf dunia, atlet yang telah diberi dengan suplemen Shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa; dan juga berjuta-juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran Shaklee.



SENTIASA MESRA ALAM
 Selama lebih daripada 50 tahun kami telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami.  Kami bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda juga bumi anda.