Wednesday 29 May 2013

ADAKAH ANDA MENGHIDAP GOUT?? JIKA YA... SILA BACA DI SINI..




GOUT atau dirujuk sebagai “ancient disease” dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.
GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.
Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan korang. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.


Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Korang harus ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin korang, sebaik ubat-ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.
Antara makanan yang harus dielakkan:
  1. Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis
  2. Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam
  3. Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
  4. Daging merah
  5. Cendawan
  6. Yis (roti putih, roti manis)
Golongan berisiko
1. Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.
2. Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout
3. Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat
4. Wanita putus haid
5. Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami stress
6. Mereka yang bermasalah dengan buah pinggang, darah tinggi, sakit jantung dan tahap kolesterol tinggi.

SUPPLEMENT SHAKLEE DAN GOUT


Gout adalah sejenis penyakit di mana terdapat asid urik yg berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yg berasal dari sejenis protein yg dipanggil purin. Secara semulajadi asid urik akan larut dalam darah. Bahan kumuhan ini sepatutnya keluar dari badan kita melalui air kencing. Apa yang terjadi kepada pesakit gout ialah asid urik ini tidak keluar melalui air kencing, tetapi berkumpul secara berlebihan di dalam sendi dimana ia membentuk jarum kristal dan menyebabkan rasa sakit pada sendi.



Lazimnya gout menyerang ibu kaki dimana ia menjadi merah, panas, bengkak dan rasa sakit. Gout juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Pengumpulan asid urik ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan benjolan kecil yang dipanggil ‘tophi’.



Rawatan awal utk pesakit gout adalah ubatan yg bersifat anti-imflammatory seperti colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids, di mana ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan sendi.



Rawatan utama pesakit gout adalah sejenis dadah allopurinol (xanthine oxidase inhibitor) di mana ia bertindak mengurangkan pengahasilan asid urik dan meningkatkan pengeluaran asid urik melalui air kencing



Untuk jangkamasa panjang pula, pesakit gout juga dinasihatkan utk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin seperti organ dalaman (hati, paru2, otak), makanan bercengkerang (kerang, udang, ketam), ikan bilis, ikan kembung dan sardin. Pengambilan cecair yg banyak seperti air kosong juga amatlah digalakkan dimana ianya dapat mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik dari badan



Shaklee juga mempunyai alternatif di samping ubat-ubatan yang disarankan oleh pakar perubatan. Pesakit gout disarankan mengambil suplemen-suplemen berikut:




ALFALFA – menyingkirkan toksid yang berlebihan di dalam tubuh badan secara lembut dan semulajadi. Pengambilan alfalfa perlu disertai dengan pengambilan air yang bnyk bagi melancarkan fungsi detoksifikasi



  PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan ke tahap yang optimum, disamping pengambilan cecair seperti air kosong. Pesakit gout perlu mengelakkan kekurangan air dlm badan di mana ia lebih menyukarkan proses penyingkiran asid urik dari tubuh badan.



OMEGA GUARD – mempunyai fungsi anti-imflammatory, dimana ia mengurangkan keradangan sendi yang dihadapi pesakit gout





HUBUNGI KAMI DI SINI

No comments:

Post a Comment